Summer Camp Kembali Lagi!


Setelah mendapat sambutan yang memberangsangkan pada Summer Camp: Back to School pada tahun lepas, Gemilang Pasti Management telah mengambil inisiatif untuk menjalankan Summer Camp: Back to Basic pula pada 14 hingga 16 Disember tahun ini.

Matlamat utama Summer Camp pada kali ini adalah untuk mendedahkan murid-murid berumur 10 hingga 12 tahun tentang asas Islam dengan penyampaian yang santai berbentuk kem motivasi.

Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan adalah Jungle Trekking, Science is Fun!,  modul berbentuk team building, Nightwalk, Smart Solat, Qiamullail dan slot muhasabah.

Program yang bakal diadakan di Hutan Rekreasi UTM JB ini menjanjikan pengalaman 3 hari 2 malam yang menyeronokkan buat kanak-kanak yang menginginkan cuti sekolah mereka diisi dengan perkara yang bermanfaat dan menarik.

Ayuh, daftarlah sekarang! Hubungi Sakinagh (013-793 1830) atau Raehan (013-918 6204)

Advertisements

Penghayatan Tarbiyah Sang Pencipta

Assalamualaikum w.b.t

ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar

Lailaha ilaLLAHu WaLLAHu Akbaru, ALLAHu Akbaru Walillahi Ilhamd

“ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar, Tiada Tuhan Melainkan ALLAH, ALLAH Maha Besar, Segala Pujian Milik ALLAH”

Selama 5 hari bergemanya takbir Aidil Adha di bulan Dzulhijjah, bermula pada Hari A’rafah dan berakhir sehingga selepas Asar Hari Tasyriq

Menandakan hari kebesaran buat umat Islam serta mengagungkan ALLAH swt dan bersyukur atas segala nikmat yang Sang Maha Pencipta kurniakan kepada kita hingga saar ini.

Firman ALLAH  dlm surah Al-Kauthar : 2

“Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu.dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri pada ALLAH)

Berkorban di sini adalah lebih kepada segala ibadah yang mendekatkan diri kepada ALLAH SWT

Nabi SAW bersabda

“Tidak ada amalan manusia pada hari raya korban yang lebih disukai di sisi Allah Ta’ala daripada menyembelih binatang-binatang korban. Sesungguhnya, binatang korban akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya dan kakinya. Sesungguhnya, darah korban itu diterima oleh Allah Ta’ala di tempat yang tinggi sebelum darah tersebut jatuh ke atas muka bumi. Maka hendaklah lakukan ibadah korban dengan hati yang telus”
(Hadith riwayat At-Tirmizi, Hakim & Ibnu Majah daripada Aisyah RA)

Inilah ibadat yang dilakukan sekalian umat Islam bila tibanya Aidil ADha

Seperti Aidil Adha sebelumnya ada yang menyertai ibadah qurban qaryah masjid, keluarga dan ada juga yang menyertai ibadah qurban dengan membiayai penyembelihan daging di negara2 umat Islam yang susah seperti Somalia dan sebagainya

Moga2 semua itu diterima sebagai Ibadah di hari yang penuh makna ini

PENGHAYATAN IBADAH KORBAN

Ibadah Korban perlu dihayati dengan lebih mendalam, di sebalik penyembelihan ini pasti ada peristiwa bermulanya ibadah ini menjadi antara suatu keutamaan buat umat Islam

Firman ALLAH dalam As-Saffat : 101 – 110

” Maka kami beri khabar gembira kepadanya dengan kelahiran seorang anak yang sangat sabar (Ismail)

Maka ketika anak itu sampai pada umur sanggup berusaha bersamanya, Ibrahim berkata, Wahai anakku!Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu?Ismail menjawab, Wahai ayahku!Lakukanlah apa yang diperintah ALLAH kepadamu.InsyaALLAH engkau akan mendapatiku termasuk dlm golongan orang yang sabar

Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya (untuk melaksanakan perintah ALLAH). Lalu kami panggil dia, ‘Wahai Ibrahim’

Sungguh engkau telah membenarkan mimpi itu, Sungguh demikianlah Kami memberi balasan kepada orang2 yg berbuat baik. Sesungguhnya itu benar2 satu ujian yg nyata, Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”

Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail AS. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada ALLAH SWT

Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim A.S dan Nabi Ismail A.S. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail A.S. Untuk meneruskan korban , Allah  menggantikannya dengan seekor sembelihan  (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik.

Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah SWT ,memerintahkan nabi Ibahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa  keraguan untuk melaksanakannya.

Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan berberapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada pengahayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail A.S.

REALITI  DAN FITRAH KEHIDUPAN MANUSIA

Mengorbankan sesuatu milik kita, mengorbankan yang kita sayang serta mengorbankan sesuatu yang penting dan bermakna dalam kehidupan,

Inilah disebut sebagai pengorbanan

Pengorbanan mudah diungkap tetapi pelaksanaan dan praktikalnya itu menjadi cabaran dalam merealisasikannya

Setiap yang bergelar manusia, pasti ada matlamat dalam kehidupan hariannya

Dan yang pastinya tujuan ALLAH swt menciptakan manusia di atas muka bumi ini untuk beribadat kepadaNYA serta menjadi khalifah di atas muka bumi (menegakkan agama Islam serta mentadbir dunia dengan agama)

Dalam kesibukan manusia mencapai matlamat hidup masing-masing pasti akan melalui pelbagai cabaran dan rintangan dunia

Cabaran masakini lah yang perlu dilalui untuk merealisasikan matlamat manusia dan setiap tahap peningkatan cabaran dan ujian tersebut pasti ada sesuatu yang perlu dikorbankan.

Hati, perasaan, harta, wang ringgit, masa dan segalanya yang kita miliki serta sayangi kadangkala kita perlu korbankan untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang dan teratur.

Banyak perkara yang perlu kita korbankan untuk lebih maju dalam hidup, untuk menjadi manusia yang lebih baik, untuk membawa perubahan dalam masyarakat sekeliling.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah : 216)

Ada masa pengorbanan itu adalah yang terbaik buat manusia. ALLAH mengetahui segalanya.

Berbalik kepada cabaran-cabaran yang perlu manusia laluilagi-lagi dalam kehidupan dunia yang semakin tanat ini,  benteng utama adalah pegangan (aqidah) islamiyah yang kukuh.

Datanglah pelbagai bentuk cabaran, sukar atu mudah, banyak atau sikit, manusia seperti ini tidak mudah goyah dengan aqidah islamiyah yang teklah terpasak dalam dirinya.

Jika diumpakan aqidah ini seperti akar-akar pokok, maka akar-akar ini perlu menjalar dengan lebih jauh lagi agar kekukuhannya tidak dapat digoyahkan yakni dengan pencariaan mutiara ilmu.

Teruslah mencari ilmu ALLAH di setiap peluang dan ruang yang ada, moga segala ilmu itu bermanfaat dan dapat diamalkan serta diperjuangkan dalam kehidupan sebagai seorang individu musliam.

WALLAHualam..

Cabang Komunikasi: Ingat-Mengingati

Allah berfirman dalam Surah al-‘Asr:

“Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali (mereka) yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” (103:1-3)

PENTING, TIDAK SEGERA

Salah satu teknik komunikasi yang elok dipraktikkan dalam pengurusan organisasi ialah peringatan (atau “reminder”). Organisasi yang tidak matang menganggap sesetengah teknik mengingatkan ahli kerja, seperti minit mesyuarat, mesej atau emel sebelum mesyuarat, kertas kerja dan jadual guna tenaga, sebagai leceh dan memakan masa. Namun sebenarnya aktiviti-aktiviti kecil ini mempunyai impak besar kepada komunikasi organisasi dan menjimatkan masa gerak kerja dalam tempoh jangka panjang.

Aktiviti-aktiviti kecil yang direkodkan inilah yang akan melahirkan satu sistem yang boleh digunapakai sehingga beberapa generasi dalam satu organisasi. Stephen Covey, penulis buku Seven Habits of Highly Effective People dan First Things First meletakkan aktiviti-aktiviti ini sebagai aktiviti dalam Kuadran Kedua – penting dan tidak segera. Maklumat-maklumat yang direkodkan ini yang kelak akan menjadi satu kayu ukur pencapaian sesebuah organisasi.

MINIT MESYUARAT

Antara contoh kaedah peringatan ialah minit mesyuarat. Minit mesyuarat, walaupun ringkas, mampu menjadi pencetus kepada gerak kerja seterusnya yang dirancang dalam mesyuarat yang berkenaan. Penulis berpandangan, antara ciri minit mesyuarat yang baik ialah mampu menjadi medium komunikasi utama kepada seluruh ahli dalam organisasi. Dalam kata lain, semua persoalan pokok berkenaan perbincangan dan keputusan mesyuarat boleh terus dirujuk daripada minit mesyuarat yang berkaitan. Secara tidak langsung, komunikasi melalui telefon atau sebagainya dapat dikurangkan justeru menjimatkan masa dan tenaga. Ahli jawatankuasa yang terlantik, rujuk minit mesyuarat. Polisi-polisi terbaru jabatan, rujuk minit mesyuarat. Perkembangan gerak kerja, rujuk minit mesyuarat. Pendek kata, seluruh sejarah perjalanan organisasi tersebut boleh ditulis dengan hanya merujuk semua minit mesyuarat yang ada. Sayangnya, penulis melihat, banyak praktik dalam organisasi kini yang terlebih menekankan format minit mesyuarat berbanding isi minit mesyuarat itu sendiri.

SMS & EMEL

Contoh lain praktik ingat-mengingatkan ialah dengan cara menghantar SMS atau emel sebelum mesyuarat. Biasanya peringatan dihantar sehari sebelum mesyuarat diadakan. Praktik ini amat elok dilaksanakan kerana ‘memaksa’ ahli mesyuarat bersiap sedia sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat. Aktiviti ini boleh memendekkan masa mesyuarat kerana ahli mesyuarat telah bersedia dengan idea dan laporan mereka dengan bantuan agenda-agenda yang digariskan dalam mesej peringatan tersebut. Sekali lagi, masa dan tenaga dapat dijimatkan.

KAEDAH-KAEDAH LAIN

Kaedah-kaedah lain seperti kertas kerja dan jadual pembahagian guna tenaga turut boleh dilaksanakan dalam organisasi sebagai peringatan kepada ahli-ahlinya. Penulis tidak menafikan bahawa banyak masa perlu diperuntukkan untuk melahirkan satu kertas kerja, atau seumpamanya, yang konkrit dan kalis masa, tempat dan budaya – sistem. Inilah hakikat kerja yang perlu dilakukan untuk melahirkan satu sistem. Secara jangka pendek, sistem melancarkan gerak kerja, meminimakan gangguan komunikasi dan menjimatkan masa. Dari sudut jangka panjang, sistem yang diadakan mampu menjadi asas kepada semua gerak kerja dalam organisasi.

Kata William Blake:

“I must create a system or be enslaved by another mans; I will not reason and compare: my business is to create.”

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan satu langkah.

Pra ‘Sehari Menuju Dewasa’

‘Sehari Menuju Dewasa’ merupakan sebuah kem yang mendedahkan fenomena akil baligh khusus untuk remaja lelaki dalam lingkungan umur 12 – 15 tahun.

Program sulung ini diadakan dengan kerjasama Masjid Mutiara Rini dan menampilkan individu-individu yang arif dalam bidang masing-masing:

Untuk menyertai,

Jumpa anda 8 Oktober ini!

Muhasabah Ramadhan: Pensyariatan puasa dan pengurusan korporat

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)” (Surah Al-Baqarah: 185)

Al-Quran ialah bahasa yang terindah

Nabi Muhammad SAW dibangkitkan dalam kalangan masyarakat Arab Quraisy yang pada ketika itu amat mengagungkan bahasa yang indah. Para penyair Arab pada ketika itu adalah sasterawan dan orator yang amat berpengaruh.

Kalau abad ke-20 merakamkan ucapan legenda ‘I have a dream’ oleh Martin Luther King, dan ucapan ‘Change’ oleh Barack Obama pada abad ke-21, maka orator Arab Quraisy pada zaman itu tidak kalah kuasanya. Syair yang hebat boleh dijadilkan political and busieness mileage, dan ia juga boleh dijadikan tool untuk misi character assasination pada ketika itu. Demikian dahsyatnya pukauan bahasa dalam kalangan massa Arab Quraisy.

Oleh sebab itu, pada peringkat awal penurunan Al-Quran yang bermula pada bulan Ramadhan, gaya bahasanya amat indah dan memukau. Tatabahasanya amat tepat dan mendalam, sekali-sekala diselit dengan metafora yang mengagumkan, apatah lagi isinya yang membawa maksud yang menusuk – membuatkan warga Arab Quraisy pada ketika itu akur dengan kehebatan Al-Quran.

Namun, Al-Quran turun bukan membawa misi kebahasaaan, tetapi sebagai petunjuk (الْهُدَى) dan pembeza (الْفُرْقَانِ). Namun, Al-Quran membawa laras bahasa yang sesuai dengan ummah pada ketika itu untuk menarik hati mereka agar beriman dengan kesucian wahyu dari langit ini.

Laras bahasa yang sesuai untuk kelompok yang sesuai

Al-Quran mendidik kita untuk bijak mengguna laras bahasa yang tepat untuk sasaran yang betul. Ianya sukar, namun kedinamikan manusia dan penyelarasan kerja secara kolektif mampu menjadikan cabaran ini satu operasi yang indah.

Kadang-kadang kita ingin menyampaikan mesej yang sama, tetapi pemilihan perkataan dan susunan ayat perlu dibezakan.

Sebagai contoh:
Bahasa untuk pelajar sekolah: Adik-adik mesti belajar dengan lebih rajin untuk berjaya dalam peperiksaan!
Bahasa untuk eksekutif korporat: Kita mesti bekerja dengan lebih efektif dan efisyen untuk meningkatkan produktiviti syarikat.

Gemilang Pasti Management sebagai sebuah badan korporat profesional dengan ini cuba untuk mengambil istifadah dari ayat ini dari kacamata pengurusan korporat tanpa mengabaikan ruh sebenar dari ayat tersebut.

Pengajaran pengurusan korporat dalam pensyariatan puasa
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa” (Al Baqarah:183)

Sudah ramai ustaz-ustaz menghuraikan pengertian ayat kewajipan berpuasa tersebut. Artikel kali ini cuma ingin menambah nilai melalui perspektif sains kemanusiaan dan sains pengurusan.

1. Target yang spesifik ( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا )

Dalam sesebuah bisnes, penentuan target market adalah sangat penting. Begitu juga dengan lapangan lain seperti bidang penulisan, pendidikan, latihan motivasi dan sebagainya. Isi buku, modul latihan dan silibus haruslah disesuaikan dengan target.

Dalam ayat ini, dinyatakan penspesifikan pensyariatan puasa oleh ALLAH SWT kepada orang yang beriman. Dan sekiranya golongan itu adalah golongan yang beriman, maka tidak dapat tidak mereka (kita) tergolong dan wajib untuk mendengar apa yang ALLAH SWT sampaikan dalam ayat ini.

Atas penghayatan yang sama juga GPM membahagikan antara pelan operasi kami kepada beberapa jabatan yang memainkan peranan berbeza untuk kumpulan sasar yang berbeza seperti Jabatan Produk, Jabatan Aulad dan Jabatan Syabab.

2. Dokumentasi bertulis ( كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ )

Dalam ayat ini, ALLAH SWT mewajibkan puasa dan kewajipan itu dinyatakan secara bertulis ( كُتِبَ ).

Maklum diketahui bahawa sesuatu dokumen bertulis itu lebih kuat hujahnya berbanding dokumen tidak bertulis. Nabi Muhammad SAW mendraf perlembagaan Madinah secara bertulis, sekaligus perlembagaan bertulis yang pertama di dunia. Akta, pekeliling dan warta juga harus digazet secara bertulis. Hujah penghakiman di mahkamah juga wajib ditulis, selain dibaca secara verbal oleh hakim. Dokumen-dokumen bertulis yang sah juga adalah hujah yang amat kuat untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah atau dalam urusan-urusan rasmi.

Maka, demikian juga dalam pengurusan korporat., sesebuah pengurusan yang baik menitikberatkan dokumentasi bertulis untuk melancarkan urusan-urusan syarikat. Disiplin sedemikian yang cuba kami terapkan dalam amalan GPM.

3. Dorongan motivasi ( كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ )

ALLAH SWT tidak sekadar menyatakan kewajipan berpuasa, tapi turut menyatakan bahawa kewajipan yang sama telah disyariatkan kepada umat-umat terdahulu.

Dari satu sudut, ini merupakan satu satu kaedah motivasi dari ALLAH SWT. “Kalau orang dahulu boleh buat, kenapa kamu tak boleh?!” Antara sumber motivasi yang efektif adalah melalui penekunan dan pembongkaran sejarah. Menelusuri sirah nabawiyyah, sirah sahabat-sahabat, para ‘alim ulama’ silam dan jejak-jejak orang yang telah berjaya adalah antara ramuan utama untuk mengecap kelazatan sebuah usaha meniti kejayaan.

Begitu juga dalam pengurusan organisasi, memotivasikan ahli-ahli dalam organisasi adalah satu kemestian. Buku-buku pengurusan organisasi dan sains kemanusiaan seperti tulisan Stephen Covey, John Maxwell amat menekankan aspek ini. Tetapi, ternayata Al-Quran mendahului dan mempelopori aspek ini sebagaimana dalam ayat ini dan ayat-ayat yang lain.

Dalam GPM, saling memberi peringatan dan motivasi adalah amalan kami.

4. Kejelasan matlamat ( لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ )

Taqwa adalah anugerah yang agung untuk hamba-hamba ALLAH SWT. Taqwa adalah kunci kebahagiaan di dunia dan akhirat.

‘Mudah-mudahan’ yang ALLAH SWT nyatakan dalam Al-Quran bukanlah calang-calang ‘mudah-mudahan’. Pernyataan tersebut adalah kepastian yang pasti. Andai seorang Perdana Menteri membuat pengumuman untuk memberi sumbangan, maka wajib bagi beliau untuk menunaikan katanya. Jika tidak, political image bagi seorang PM akan merosot dengan teruk. Itu baru seorang PM. Apatah lagi janji ALLAH SWT untuk hamba-hambanya.

‘Begin with end of mind’ adalah kata-kata yang sering diluncurkan dari mulut para motivator kini. Sebenarnya, frasa itu bersumber dari prinsip yang ALLAH SWT didik hambaNYA dalam pensyariatan puasa ini dan juga dalam lain-lain ayat. Atas semangat yang sama jugalah organisasi-organisasi beroperasi. Andai tergelincirnya organisasi dari landasan matlamat, maka organisasi tersebut akan menjunam ke gaung atau melanggar kedai roti canai di tepi landasan.

Penutup

Al-Quran merupakan petunjuk yang ‘alamiy (universal) dan syumuliy (komprehensif), tidak terbatas dengan sempadan geografi dan bangsa. Isinya amat mendalam dan meluas. Aplikasi amat menyeluruh dan komprehensif. Tinggal lagi tanggungjawab ummah pada ketika ini adalah untuk belajar dan mengkaji rahsia Al-Quran dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian, baik kehidupan secara individu mahupun secara kolektif.

Teruskan Beramal, Moga Istiqamah

Salam Ramadhan Kareem dan Salam Jumaat Penuh Barakah  buat semua.

Ramadhan ke-5 hari ini dan Jumaat Pertama buat kita di bulan penuh kemuliaan ini.

Amal semakin bertambah atau masih sama seperti sebelumnya? Atau momentum Ramadhan itu masih sama seperti Ramadhan Pertama?

Setiap detik Ramadhan yang berlalu, jangan dibiar pergi meninggalkan kita begitu sahaja tanpa ada sebarang peningkatan di dalam diri. Samada peningkatan dari sudut spritual atau secara zahir dan batinnya.

Kita semua jelas kelebihan-kelebihan Ramadhan yang telah Allah swt janjikan buat kita, buat semua umat Islam yang bersungguh-sungguh menjadikan Ramadhan medan tarbiyyah dan wasilah ke arah yang lebih baik dari sebelum ini.

Dan di waktu Ramadhan inilah, amat jelas umat manusia semakin berlumba-lumba membuat amal ibadat dan amal kebajikan.

Di kala Ramadhan menjelang, Qiammullail semakin ditingkatkan, solat sunat semakin dikerapkan, membaca dan mentadabbur  Al-Quran menjadi budaya hidup seharian, solat Tarawih berjemaah tidak ditinggalkan.

Semuanya memburu kenikmatan dan kelebihan Ramadhan yang Allah kurniakan di bulan penuh barakah ini.

Satu lagi amalan yang perlu kita lebih lazimi di bulan Ramadhan ini ialah bersedekah. “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya ke jalan Allah, seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji, Allah melipatgandakan bagi siapa yang DIA kehendaki dan Allah Maha Luas maha Mengetahui”al-baqarah : 261

Moga sedekah yang kita lakukan itu menjadi amal berpanjangan sehingga ke akhirat kelak. InsyaAllah

Teruskan beramal dan tingkatkan momentum dalam mengejar nikmat dan hikmah Ramadhan kali ini. Moga kita semua terus diberi kekuatan dan kesihatan serta istiqamah dalam menjalani amal ibadat seharian.

Buat semua warga kerja Gemilang Pasti Management, teruslah berusaha buat yang terbaik di atas segala program, kelas dan produk yang sedang dan akan dijalankan dalam bulan Ramadhan ini.

Bulan Ramadhan bukanlah penghalang untuk kita memperlahankan gerakerja harian kita, tapi ia adalah satu motivasi untuk kita merancang dan buat yang terbaik.

Semoga terus dipermudahkan oleh Allah SWT. (Kelas Magic English, Bengkel dan Penjualan Produk)

Juga buat semua ahli keluarga yang terlibat dengan Kelas Tuisyen Magic English kami, buat semua pelanggan yang telah membeli produk jualan kami dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dengan perjalanan Gemilang Pasti Management selama beberapa bulan ini, Selamat Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan ini. Terima kasih diucapkan atas sokongan dan kerjasama.

Selamat Beramal. Moga Kita Semua Terus Istiqamah.

Wallahualam

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh,

Ramadhan tiba lagi dengan seribu satu macam rahmah dan keberkatan dari allah. Pintu hidayah terbuka seluas-luasnya, dari pintu rezki pula terlimpah segala macam rezki yang berkah dan dari pintu kebajikan tergambar keseronokan bila setiap saat merupakan peluang berbuat pahala. Melihatkan sekian banyak kegembiraan di wajah ummah dalam menyambut ketibaan ramadhan, ingin sekali saya berkongsi setiap kegembiraan tersebut dengan sama-sama berlumba mengaut segala keuntungan yang dijanjikan Allah di sepanjang bulan ramadhan ini.

Di dalam bulan ramadhan ini, kita akan sama-sama mengisi setiap ruang waktu dengan beramal ibadah. Berpuasa disiang hari dan bertarawikh di malam hari. Demi merealisasikan ramadhan sebagai bulan ibadah, ayuh kita memperkasa amalan fardhu dan melazimi amalan sunat.

Di dalam bulan ramadhan ini, kita akan sama-sama bermujahadah melawan segala musuh. Tidak kira sama ada musuh islam yang sentiasa mencari ruang kelemahan kita mahupun nafsu yang kerap kali menjentik tangkai hati untuk selalu mengingkari janji kepada Allah.

Di dalam bulan ramadhan ini, kita akan sama-sama memperbanyak istighfar kepada Allah. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang melalui bulan ramadhan ini namun selepas pemergiannya dosa kita masih tersisa dan tidak terampun.

Akhir bicara, saya mewakili sahabat-sahabat Gemilang Pasti Management mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT BERPUASA kepada warga kerja GPM dan muslimin muslimat seluruhnya.