Perkhidmatan Kami

Gemilang Pasti Management telah menjalankan beberapa program. Antaranya adalah:

 

1.  Kem Smart Solat

Kem Smart Solat merupakan program 2 hari yang menekankan pengajaran solat secara menyeluruh. Fasilitator akan mengajar peserta cara berwuduk dengan betul serta teori dan praktikal solat. Program ini terbuka kepada 4 kategori umur iaitu:

  •  6 – 9  tahun
  • 10 – 12 tahun
  • 13 – 15 tahun
  • 16 – 17 tahun

 

2. Sehari Menuju Dewasa

Sehari Menuju Dewasa merupakan program khusus buat peserta berumur 10 – 16 tahun. Di dalam program ini, peserta akan diasingkan antara perempuan dan lelaki dan didedahkan dengan perkembangan fizikal dan rohani yang berlaku pada diri mereka. Modul bagi program ini menekankan tentang darah haid, proses baligh, cara menangani perubahan fizikal dan emosi, pendekatan secara Islami dan slot muhasabah diri. Program ini dijalankan selama satu hingga dua hari, bergantung kepada permintaan pelanggan.

 

3. Summer Camp

Summer Camp merupakan program tahunan yang diadakan semasa cuti sekolah. Matlamat utama Summer Camp pada adalah untuk mendedahkan murid-murid berumur 10 hingga 12 tahun tentang asas Islam dengan penyampaian yang santai berbentuk kem motivasi. Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan adalah Jungle Trekking, Science is Fun!,  modul berbentuk team building, Nightwalk, Smart Solat, Qiamullail dan slot muhasabah. Program ini menjanjikan pengalaman 3 hari 2 malam yang menyeronokkan buat kanak-kanak yang menginginkan cuti sekolah mereka diisi dengan perkara yang bermanfaat dan menarik.

 

4. Home Tuition

Gemilang Pasti Management memberi perkhidmatan home tuition bagi pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM. Subjek yang diajar bergantung kepada permintaan pelajar dan ibu bapa. Tenaga pengajar merupakan pelajar dan bekas pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Humaira (019-714 1497).

 

5.  Program Lain

Gemilang Pasti Management juga menerima jemputan dari sekolah-sekolah serta syarikat luar untuk mengadakan program berbentuk motivasi. Kami akan berusaha memenuhi permintaan pelanggan dengan menyediakan modul terbaik serta fasilitator yang terlatih. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Taufik (013-716 1427) atau Husna (013-982 1940).

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: